Thursday, December 31, 2009

Memories to remember in 2009



beberapa jam lagi 2010 akan menjelang tibe..tinggallah kenangan 2009 yg penuh dengan suka duka..oh! 2009..terlalu banyak kenangan yang meninggal kan kesan dalam diri ku...

'09 la aku mula "printing service" d hostel ku yg begitu menguntungkan..haha..masa beli print pun kelam kabut..hari tu buat keputusan, hari tu juga beli.beli pun pakai duit mara..hehehe..ramai juga yg datang "print" smpi ndak menang tangan melayan...
semester 1'09 mmg menyeronokkan..ndak sibuk..slalu sangat keluar "enjoy" trutama kluar p low yat...kluar p karaoke la..kami sewa keta..itula pertama kali aku 'drive' d kl..huh! 'challenge' juga aa..p konsert final OIAM 3 (first time p konsert selama duk d kl) erm..kengkawan pun ramai lepak di bilik smpi jiran2 bilik pun hairan kenapa ramai sgt org d bilikku..(kalau aku dapat "attach" gmbr masa tu..kamu pun tekejut..) 'assignment' pun kurang...'assignment' yang paling 'hardcore' skali signal processing & microprocessor..mmg gila d buatnya..awl tahun ni juga kak ita kawin..kami 1 keluarga becuti d genting highland..dengan faten lagi..jalan2 d temerloh..best la..mmg best..


project microprocessor

Pentas Puteri Gunung Ledang dengan Kak Ita


Karaoke ngn Edy (roomate S1&S2 2009) JJ Setiawangsa


Jalan-Jalan..tika dalam LRT


Balai Seni ngn adik (iza & finie)


Genting Highland


kawin kak ita...


sungai pahang, Temerloh

tapi semester 2 'o9 banyak yang sedih...dari segi pelajaran..pergaulan...semester ni pun da jarang kluar..(tapi ok juga..selamat duit)..yg best pun 'repelling' d sungai pisang..tu pun kegembiraan bukannya 100%. ;-p ... "assignment" pun belambak2..satu2 datang smpi ndak menang tangan melayan..oh!tidak...pas tu..aku plak gatal tangan p bikin 'ciss' d printer ku...skali tgk...ciss tu bocor..ndak bole pki printer tu..gantung la bsnss ku..duit pun kluar byk...semester ni jg contact blk ngn x-bf ku..erm..sounds not good,right.. :-| ..beruk pun slalu datang bertamu p bilik..bikin panas..yang best nya semester 2'09..sarapan pada jam 730am d cafe bawah dengan danie sambil menonton astro..yay!walaupun masa tu exam..tapi masih juga melayan astro...

tahun ni juga aku dah menjadi kasar orgnya sebab aku TERbelajar dari ssorg..aku da lama sabar...akhirnya gigi taring yang aku simpan pun tekeluar..smpi dorang smua cakap aku dah brubah..hah!pijak lagi kepala ku..lain kali jangan d kacau sungai yang tenang..tau!wahahaha..
raya tahun ni jg kami sekeluarga bekumpul ngn abag ipar baru..:-)


raya 2009


faten..


air terjun sungai pisang yang telah ku "repel"kan..huhu

smua suka duka ini akan aku kenang tak tau sampai bila..:-) harap kedatangan 2010 akan banyak kejadian yang baik dpd kejadian yg tidak baik..

Monday, December 21, 2009

Moist Chocolate Cake


BAHAN-BAHAN
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur saiz A
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam(susu dutch lady yg d suamkan)
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

UNTUK TOPPING CAKE
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

CARA-CARA
1~Ayak tepung bersama serbuk koko.
2~Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
3~Masukkan telur satu-satu dan pukul hingga gebu dan kembang.
4~Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli
5~Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam.

CARA-CARA BUAT TOPPING CHOC
1~masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk.
2~Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
3~tuang di atas kek anda

p/s*Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
*topping choc ni boleh juga guna resepi sy yang diberi tadi

sekian, terima kasih...

Chocolate Cake


BAHAN A
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

BAHAN B
1 sudu kecil esen vanilla
11/2 cawan air campur dengan 2 sudu kecil nescafe (air bole digantikan dengan susu)

BAHAN C
2 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

CARA-CARA
1~pukul telur hingga kembang
2~masukkan gula dan pukul lagi
3~masukkan minyak masak
4~ayak semua bahan B.(kalau guna tepung naik sendiri xperlu guna baking powder dan bikarbonat)
5~masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam Bahan A tadi. gaul sehinnga sebati
6~bakar pada suhu 1700 c selama 1 jam atau sehingga masak

SIMPLE & EASY..RIGHT

Chocolate Topping for Cake or Biscuit

resepi ni agak murah berbanding guna coklat masak



BAHAN
1 gelas serbuk koko
1
1/4 gelas air
1 sudu besar minyak sayuran
1 sudu besar butter
gula (terpulang dengan individu)

CARA-CARA
1~campurkan koko dengan air.masak di atas 'pan' yang berisi air.api dalam keadaan low
2~gaul dan masak hingga adunan tersebut menjadi pekat
3~masukkan gula.gaul
4~masukkan minyak sayuran
5~masukkan butter

ok..anda boleh mencubanya..di rumah..

Recepi of Butter Cake





BAHAN A
2 cawan tepung gandum
11/2 sudu kecil baking powder
secubit garam

BAHAN B
1 cawan butter
1 cawan gula

BAHAN C
2 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
1 cawan susu full cream

CARA-CARA
1~campur kan BAHAN A
2~pukul Bahan B hingga kembang
3~masukkan telur satu per satu
4~masukkan esen vanilla
5~masukkan bahan A berselang seli dengan susu
6~masukkan dalam ketuhar, set 170oC.masak dalam setengah jam atau hingga masak

p/s*jangan pukul adunan dengan high speed.gunakan lowest speed
*kalau guna tepung naik sendiri, xperlu guna baking powder

SELAMAT MENCUBA
GAMBAR TIDAK DISEDIAKAN KERNA 'KAMERA' TIADA :-p

Sunday, December 20, 2009

Cute cupcake!


Photos grabbed from 'deviantart'...they're nice rite! I'm trying to find an inspiration from these photos...

test page

test page first